Tuesday, June 30, 2009

Teori & Kaedah Penterjemahan Arab - Melayu


Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 184 hlm.
Sinopsis : Ilmu terjemahan sering dipan-dang remeh oleh sesetengah pihak lanta-ran kurangnya kesedaran di kalangan ma-syarakat tentang kepentingan ilmu ter-sebut dalam pembinaan ketamadunan dan peradaban sesuatu bangsa. Sehubungan itu, kemunculan buku ini diharap mampu menangkis persepsi negatif tersebut, apatah lagi buku ini adalah satu-satunya buku yang ada di pasaran sehingga kini yang menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah yang betul dalam penterjemahan Arab – Melayu.

Penulis buku ini, Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah sememangnya memiliki pengalaman yang luas dalam bidang penterjemahan, termasuk pernah bekerja sebagai penterjemah sepenuh masa. Bermula pada Disember 1997, beliau telah mencabar diri sendiri dengan berusaha menterjemah buku al-Qanun Fi al-Tibb karangan Ibnu Sina, buku yang dianggap antara buku klasik bahasa Arab yang paling sukar untuk diterjemahkan. Namun, dengan berkat kesungguhan dan kemahiran terjemahan yang tinggi, beliau sehingga kini telah berjaya menghasilkan empat buah buku berkaitan Perubatan Ibnu Sina.

Justeru itu, buku ini adalah manifestasi daripada pengalaman beliau yang telah lebih sedekad menghambakan diri dalam dunia penterjemahan Arab – Melayu. Sesungguhnya buku hasil tulisan pensyarah bahasa Arab di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ini amat sesuai dijadikan sebagai buku teks bagi subjek penterjemahan Arab – Melayu, serta amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, sama ada para pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, mahu pun golongan profesional.
Kandungan :

BAB PERTAMA
TEORI DAN KONSEP PENTERJEMAHAN ARAB – MELAYU


BAB KEDUA
KAEDAH MENTERJEMAH JUMLAH ISMIYYAH
DAN JUMLAH FI‘LIYYAH


BAB KETIGA
KAEDAH MENTERJEMAH DHAMIR, NA‘AT,
DAN KATA TUGAS


BAB KEEMPAT
ANALISIS KESILAPAN


BAB KELIMA
TEKNIK PEMECAHAN AYAT

Wangian Syurga Dalam Menerangkan Usul Riwayat Qalun Al-Madani

Pengarang : Us. Muhammad Amiri b. Ab. Ghani
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 56 hlm.
ISBN : 978-983-42079-5-3
Sinopsis : Buku ini membincangkan Bab Usul Riwayat Qalun daripada Imam Nafi’ berdasarkan tariq al-Syatibiyy. Penerangan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami dapat membantu pembaca yang berminat dalam bidang ilmu Qiraat. Riwayat Qalun ini masyhur dan masih diamalkan pembacaannya di Timur Afrika, khususnya di sesetengah tempat di Tunisia dan Mesir dan juga masyhur di Libya. Riwayat ini adalah salah satu daripada 20 riwayat mutawatir yang tidak boleh dipertikaikan kesahihannya seperti riwayat Hafs, iaitu bacaan yang masyhur di negara kita.
Kandungan :
1. Pendahuluan
2. Biografi Imam Qalun
3. Bab Menyambung Di Antara Dua Surah
3.1 Menyambung di antara dua surah kecuali dengan surah al-Taubah
3.2 Menyambung mana-mana surah dengan al-Taubah.
3.3 Menyambung surah al-Nas dengan al-Fatihah.
3.4 Menyambung akhir surah dengan awal surah yang sama.
4. Bab Mad Dan Qasr
4.1 Mad Muttasil
4.2 Mad Munfasil
5. Bab Ha’ Al-Kinayah
5.1 Tujuh kalimah yang dibaca dengan qasr
6. Bab Mim Jama’
6.1 Mad Munfasil mendahului MimJama’
6.2 Mim Jama’ mendahului Mad Munfasil
6.3 Dua Mim Jama’ berhimpun dalam satu ayat
6.4 Mim Jama’ bertemu dengan hamzah qata’
7. Bab Dua Hamzah Dalam Satu Kalimah
7.1 Hukum bacaan
7.2 Kalimah yang dikecualikan daripada idkhal alif
7.3 Istifham berulang-ulang
8. Bab Dua Hamzah Pada Dua Kalimah
8.1 Persamaan pada baris
8.2 Berhimpun Mad Munfasil dengan dua hamzah pada dua kalimah
8.3 Berlainan baris
9. Bab Hamzah Mufrad
9.1 Hukum bacaan pada hamzah sakin
9.2 Hukum bacaan pada hamzah berbaris
10. Bab Naqal
11. Bab al-Izhar Dan al-Idgham
12. Bab al-Fath, Imalah Dan Di Antara Dua Lafaz
12.1 Lafaz yang dibaca dengan imalah
12.2 Lafaz yang harus dibaca dengan fatah dan taqlil
13. Bab Ya’ Idhafah
13.1 Ya’ Idhafah bertemu dengan hamzah qata’
13.2 Ya’ Idhafah bertemu dengan hamzah wasal
13.3 Ya’ Idhafah bertemu dengan salain hamzah qata’
14. Bab Ya’ al-Zawa’id
14.1 Perbezaan antara ‎Ya Idhafah dengan Ya al-Zaidah
14.2 Tempat-tempat yang diithbatkan Ya’ al-Zawaid

Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum Wanita

Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 233 hlm.
Sinopsis : Isu-isu perubatan yang berkaitan dengan sakit puan, atau dalam istilah perubatan-nya, Obstetrik & Ginekologi (O&G) sen-tiasa mendapat tumpuan umum masyara-kat, khususnya kaum wanita. Namun, kita jarang sekali didedahkan dengan panda-ngan alternatif berkaitan perkara tersebut, apatah lagi pandangan Ibnu Sina walaupun beliau dianggap sebagai Bapa Perubatan Moden. Justeru itu, buku ini memaparkan secara eksklusif kepada anda pandangan-pandangan Ibnu Sina berkaitan rahim, janin, kehamilan, kemandulan, keguguran, kelahiran bayi, penjagaan wanita semasa hamil dan selepas bersalin, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rahim, termasuk kanser rahim.

Buku ini juga merupakan satu-satunya buku yang menje-laskan secara terperinci kaedah-kaedah rawatan yang dicadangkan oleh Ibnu Sina bagi merawat penyakit dan gejala yang berkaitan dengan perkara di atas. Antara kaedah rawatan tersebut ialah perdarahan, enema, supo-sitori, syiafah, penggunaan tab mandi, dan pembakaran kemenyan, di samping penggunaan ubat-ubatan herba. Kaedah-kaedah rawatan ini sudah terbukti berkesan, mujarab, dan masih lagi relevan untuk diamalkan di zaman moden ini, malah sedang diamalkan secara meluas di India dan Pakistan sekarang ini. Semoga penerbitan buku ini akan merancakkan lagi perkemba-ngan perubatan alternatif di negara ini.
Kandungan :
Kata-Kata Aluan
Kata Pengantar
BAB PERTAMA
RAHIM DAN JANIN

1.1 Anatomi Rahim
1.2 Pembentukan Janin
1.3 Penyakit Rahim
1.4 Tanda Mizaj Rahim
BAB KEDUA
KEMANDULAN DAN KEHAMILAN

2.1 Kemandulan dan Kesukaran Hamil
2.2 Tanda Organ Pembiakan
2.3 Merawat Kemandulan
2.4 Tanda Kehamilan
2.5 Sebab Lelaki dan Perempuan
2.6 Tanda Lelaki dan Perempuan
2.7 Kaedah Memperoleh Anak Lelaki
2.8 Tanda Kesuburan
2.9 Punca Kembar dan Hamil Berganda
2.10 Tanda Kelahiran
BAB KETIGA
PENGURUSAN WANITA HAMIL

3.1 Pengurusan Umum
3.2 Keguguran
3.3 Tanda Keguguran dan Kematian Janin
3.4 Penjagaan Janin
3.5 Pengguguran
3.6 Pengeluaran Janin
3.7 Pengeluaran Uri
3.8 Menghalang Kehamilan
BAB KEEMPAT
KELAHIRAN BAYI

4.1 Tempoh Kehamilan
4.2 Kehamilan Palsu
4.3 Bentuk Kelahiran Bayi
4.4 Kesukaran Melahirkan Anak
4.5 Sakit Bersalin
4.6 Rawatan Kesukaran Bersalin
4.7 Kelahiran Yang Tidak Normal
4.8 Ubat-Ubatan Pemudah Bersalin
4.9 Rawatan Selepas Bersalin
BAB KELIMA
PENDARAHAN RAHIM

5.1 Perbincangan Tentang Haid
5.2 Pendarahan Rahim
5.3 Tanda-Tanda Pendarahan Rahim
5.4 Rawatan Pendarahan Rahim
5.5 Ulser Rahim
5.6 Kanker Rahim
5.7 Rawatan Ulser dan Kanker Rahim
5.8 Pemecahan Dara
5.9 Pemecahan Rahim
5.10 Kegatalan Rahim dan Frisimus
5.11 Buasir Rahim
BAB KEENAM
BENGKAK DAN PENCEKIKAN RAHIM

6.1 Bengkak Panas
6.2 Merawat Bengkak Panas
6.3 Bengkak Berhumor Kahak
6.4 Bengkak Keras
6.5 Merawat Bengkak Keras
6.6 Pencekikan Rahim
6.7 Merawat Pencekikan Rahim
6.8 Buasir dan Bisul Pada Rahim
6.9 Lebihan Daging Pada Rahim dan Kelentit
BAB KETUJUH
PENYAKIT-PENYAKIT RAHIM YANG LAIN
7.1 Kelemahan dan Kesakitan Rahim
7.2 Cecair Rahim
7.3 Pengurungan Darah Haid
7.4 Rawatan Pengurungan Darah Haid
7.5 Perbincangan Tentang Kolpatresia
7.5.1 Tatacara Pengoyakan dan Pemotongan
7.6 Penyumbatan Rahim
7.7 Penonjolan dan Pembalikan Rahim
7.8 Rahim Condong dan Bengkok
7.9 Air Di Dalam Rahim
7.10 Pengembungan Rahim
7.11 Angin Rahim

Monday, June 29, 2009

Rawatan Umum Dalam Perubatan Ibnu Sina

Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2007
Halaman : 188 hlm.
Sinopsis : Perubatan Ibnu Sina mungkin belum lagi terkenal di negara ini. Perubatan ini selalu disalah anggap sebagai perubatan homeopati, sedangkan terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua disiplin ilmu perubatan tersebut, tanpa menafikan terdapatnya beberapa persamaan antara kedua-duanya. Perubatan Ibnu Sina, di sebalik usianya yang telah pun mencapai angka seribu tahun, masih lagi diamalkan secara serius dan efektif di India, Pakistan, Asia Tengah, dan Eropah. Malah, di India dan Pakistan, perubatan ini diiktiraf oleh kerajaan kedua-dua negara tersebut dan turut diajar di beberapa buah universiti sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Oleh itu, buku ini amat penting sekali dimiliki oleh mereka yang mahu mengkaji rahsia kemujaraban Perubatan Ibnu Sina, khususnya berkaitan bentuk-bentuk rawatan umum yang diamalkan dalam perubatan ini semasa merawat pesakit. Kaedah rawatan secara pencaharan, pemuntahan, perdarahan, bekam, enema, penggunaan lintah, kauteri, dan sebagainya perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu sebelum kita membincangkan bentuk-bentuk rawatan khusus secara lebih terperinci dalam siri-siri Perubatan Ibnu Sina selepas ini. Insya Allah.
Kandungan :
Kata-Kata Aluan
Kata Pengantar
BAB PERTAMA
KETIDAKSEIMBANGAN MIZAJ

1.1 Perbincangan Umum Tentang Perawatan
1.2 Rawatan Ketidakseimbangan Mizaj
BAB KEDUA
PENGOSONGAN

2.1 Perbincangan Tentang Pengosongan
2.2 Peraturan Umum Berkaitan Pemuntahan dan Pencaharan
BAB KETIGA
PENCAHARAN

3.1 Peraturan Pencaharan
3.2 Menguatkan dan Menamatkan Pencaharan
3.3 Pencegahan Terhadap Pencaharan Yang Keterlaluan
3.4 Pengurusan Mereka Yang Mengambil Ubat-Ubatan
Pencahar Tetapi Gagal Berfungsi
3.5 Sifat Ubat-Ubatan Pencahar
BAB KEEMPAT
PEMUNTAHAN

4.1 Perbincangan Tentang Pemuntahan
4.2 Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Mereka Yang
Muntah
4.3 Faedah Pemuntahan
4.4 Bahaya Pemuntahan Yang Keterlaluan
4.5 Cara Mengatasi Gejala Yang Berlaku Ke Atas Mereka
Yang Muntah
4.6 Pengurusan Mereka Yang Keterlaluan Muntah
BAB KELIMA
PERDARAHAN

5.1 Perbincangan Umum
5.2 Demam dan Perdarahan
5.3 Larangan Perdarahan
5.4 Langkah-Langkah Perdarahan
5.5 Pengulangan Perdarahan
5.6 Sebelum dan Selepas Perdarahan
5.7 Perdarahan dan Salur Darah
5.8 Perdarahan dan Organ Tubuh
5.9 Peraturan Perdarahan
5.10 Peralatan Perdarahan
5.11 Perdarahan Salur Darah Kaki
5.12 Perdarahan Salur Darah Kepala
5.13 Perdarahan Salur Darah Abdomen
5.14 Waktu Perdarahan
5.15 Penggunaan Pisau Bedah
5.16 Ikatan dan Salur Darah
BAB KEENAM
BEBERAPA LAGI KAEDAH RAWATAN

6.1 Bekam
6.2 Enema
6.3 Minyak Urut
6.4 Pembasahan
6.5 Lintah
6.6 Penurisan
6.7 Kauteri
BAB KETUJUH
RAWATAN BEBERAPA GEJALA TUBUH

7.1 Pengurungan Gejala Pengosongan
7.2 Merawat Gejala Penyumbatan
7.3 Merawat Bengkak
7.4 Merawat Organ Yang Rosak
7.5 Merawat Gejala Pemecahan Ikatan
7.6 Meredakan Kesakitan
7.7 Memulakan Rawatan Bagi Penyakit Yang Pelbagai

Tatacara Penjagaan Kesihatan Menurut Ibnu Sina

Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2006
Halaman : 193 hlm.
Sinopsis : Buku ini membincangkan tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan seseorang itu, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa, mahu pun warga emas supaya kekal sihat sentiasa, serta sukar untuk dijangkiti penyakit. Langkah-langkah yang dimaksudkan meliputi aspek pemakanan, riadah, urutan, istirehat, tidur, dan sebagainya. Turut dibincang-kan juga aspek penjagaan kesihatan bagi mereka yang bermusafir.
Kandungan :
Kata-Kata Aluan
Kata Pengantar
Sejarah Ringkas Perubatan Ibnu Sina
Sumpah Hippocrates (Versi Baru)
BAB PERTAMA : PUNCA KESIHATAN,
PENYAKIT, DAN KEMATIAN

1.1 Pembahagian Ilmu Perubatan
1.2 Punca Kematian
BAB KEDUA : PENGURUSAN KESIHATAN BAYI
DAN KANAK-KANAK
2.1 Pengurusan Bayi Semenjak Kelahiran
2.2 Penyusuan dan Pengalihan Makanan Bayi
2.3 Penyakit Bayi dan Cara Merawatnya
2.4 Pengurusan Bayi Setelah Memasuki Umur
Kanak-Kanak
BAB KETIGA : PENGURUSAN KESIHATAN
ORANG DEWASA

3.1 Kepentingan Riadah
3.2 Jenis-Jenis Riadah
3.3 Waktu Permulaan dan Penamatan Riadah
3.4 Mengurut
3.5 Mandi dan Bilik Mandi
3.6 Mandi Dengan Air Sejuk
3.7 Pengurusan Bahan Makanan
3.8 Pengurusan Air dan Air Minuman
3.9 Pengurusan Tidur dan Jaga
3.10 Cara-Cara Menguatkan, Menggemukkan, dan
Membesarkan Saiz Organ Yang Lemah
3.11 Kelesuan Yang Disebabkan Oleh Riadah
3.12 Menggeliat dan Menguap
3.13 Kaedah Rawatan Kelesuan Yang Disebabkan
Oleh Riadah
3.14 Beberapa Gejala Yang Disebabkan Oleh Riadah
3.15 Kaedah Rawatan Kelesuan Spontan
3.16 Pengurusan Tubuh Badan Yang Mempunyai Mizaj
Yang Tidak Elok
BAB KEEMPAT : PENGURUSAN KESIHATAN
ORANG TUA
4.1 Perbincangan Umum
4.2 Pemakanan Orang Tua
4.3 Minuman Untuk Orang Tua
4.4 Rawatan Gejala Penyumbatan Bagi Orang Tua
4.5 Kaedah Urutan Bagi Orang Tua
4.6 Pengurusan Riadah Orang Tua
BAB KELIMA : PENGURUSAN MIZAJ
TUBUH BADAN
5.1 Pemulihan Mizaj Yang Terlebih Panas
5.2 Pemulihan Mizaj Yang Terlebih Sejuk
5.3 Pengurusan Tubuh Badan Yang Mudah Menerima
Penyakit
5.4 Menggemukkan Orang Kurus
5.5 Menguruskan Orang Gemuk
BAB KEENAM : PENGURUSAN MUSIM
DAN ORANG MUSAFIR
6.1 Pengurusan Musim
6.2 Pengurusan Gejala Penyakit
6.3 Perbincangan Umum Tentang Pengurusan
Orang Musafir
6.4 Pengurusan Kepanasan Semasa Bermusafir
6.5 Pengurusan Kesejukan Semasa Bermusafir
6.6 Pengurusan Kaki dan Tangan Daripada Risiko
Kesejukan
6.7 Pengurusan Warna Tubuh Semasa Bermusafir
6.8 Pengurusan Penggunaan Air Yang Pelbagai Bagi
Orang Musafir
6.9 Pengurusan Mereka Yang Belayar Di Laut

Antologi Cerpen "Poligami"

Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2005
Halaman : 178 hlm.
Sinopsis : Buku ini mengandungi 15 buah cerpen yang kesemua-nya ditulis oleh Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah. Antara isu yang diku-pas dalam buku ini ialah isu poligami, politik, dakwah, homoseks, cinta remaja, etika perubatan, dll.
Kandungan :
Kata Pengantar
POLIGAMI
TERHIMPIT
KERANA NAFSU
AMRI, AMIRA
TOK GURU HAJI SALEH
PERJUANGAN AYAH
KLON
IBU KANDUNG
DI SEBALIK PERANGKAP BESI
LELAKI MUSLIM TERAKHIR
PARADOKS
MENANTI HARI
AKU DAN HASLIZA
AKU, AYAH, IBU DAN MAMA
TRAUMA

Teori-Teori Asas Perubatan Ibnu Sina


Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2005
Halaman : 329 hlm.
Sinopsis : Buku ini membincangkan teori-teori asas yang menjadi pegangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan, iaitu teori-teori yang berkaitan dengan unsur, humor, mizaj, tenaga, ruh, dll. Buku ini ju-ga membincangkan tentang kategori penyakit, gejala penyakit, dan punca penyakit.
Kandungan :
Dedikasi
Kata-Kata Aluan
Kata Pengantar
Sinopsis Ibnu Sina dan Buku al-Qanun Fi al-Tibb
Sumpah Hippocrates
BAB PERTAMA : SUBJEK-SUBJEK ILMU PERUBATAN
1.1 Definisi “al-Tibb”
1.2 Subjek-Subjek Kajian Ilmu Perubatan
1.3 Teori Unsur
1.4 Teori Mizaj
1.4.1 Mizaj Organ
1.4.2 Mizaj Umur, Jantina dan Kaum
1.5 Teori Humor
1.5.1 Kaedah Penjanaan Humor
1.6 Organ dan Pembahagiannya
1.7 Tenaga dan Tingkahlaku
1.7.1 Tenaga Tabi`e Vegetatif
1.7.2 Tenaga Tabi`e Subservien
1.7.3 Tenaga Kehaiwanan
1.7.4 Tenaga Kejiwaan Tanggapan
1.7.5 Tenaga Kejiwaan Rangsangan
1.7.6 Tingkah Laku
BAB KEDUA : PENYAKIT
2.1 Definisi Punca, Penyakit dan Gejala
2.2 Keadaan Tubuh Badan dan Kategori Penyakit
2.3 Penyakit Susunan
2.4 Penyakit Pemecahan Ikatan
2.5 Penyakit Kompleks
2.6 Perhiasan
2.7 Masa-Masa Penyakit
2.8 Perbincangan Terakhir Tentang Penyakit
BAB KETIGA : PUNCA PENYAKIT
3.1 Perbincangan Umum Tentang Punca
3.2 Pengaruh Udara Persekitaran
3.3 Ciri-Ciri Musim
3.4 Hukum-Hukum Musim
3.5 Angin Yang Elok
3.6 Sifat Angin dan Perlakuan Musim
3.7 Kesan Perubahan Angin Yang Bukan Anti Terhadap Keadaan Tabi`e
3.8 Kesan Perubahan Angin Yang Tidak Elok Yang Bersifat Anti Terhadap Keadaan Tabi`e
3.9 Pengaruh Tempat Tinggal
3.10 Pengaruh Gerakan dan Diaman
3.11 Pengaruh Tidur dan Jaga
3.12 Pengaruh Gerakan Kejiwaan
3.13 Pengaruh Bahan Makanan dan Minuman
3.14 Keadaan-Keadaan Air
3.15 Kesan Gejala Pengurungan dan Pengosongan
3.16 Sebab-Sebab Yang Tidak Lazim dan Tidak Membahayakan Yang Berlaku Terhadap Tubuh Badan
3.17 Kesan Mandi, Berjemur, Membenamkan Diri dan Berguling Di Dalam Pasir, Berendam Di Dalam Minyak dan Merencikkan Air Ke Atas Muka
3.18 Punca Bagi Setiap Gejala Tubuh Badan
3.18.1 Pemanas Tubuh Badan
3.18.2 Penyejuk Tubuh Badan
3.18.3 Pembasah Tubuh Badan
3.18.4 Pengering Tubuh Badan
3.18.5 Sebab Terjadinya Ketidakelokan Bentuk
3.18.6 Punca Gejala Suddah dan Penyempitan Saluran
3.18.7 Punca Peluasan Saluran
3.18.8 Punca Kekasaran
3.18.9 Punca Kelicinan
3.18.10 Punca Pengkehelan dan Pemisahan Kedudukan
3.18.11 Punca Penyebelahan Organ Yang Kurang Elok Disebabkan Oleh Halangan Untuk Saling Mendekati
3.18.12 Punca Penyebelahan Organ Yang Kurang Elok Disebabkan Oleh Halangan Untuk Saling Menjauhi
3.18.13 Punca Gerakan Yang Tidak Normal
3.18.14 Punca Pertambahan Tulang dan Kelenjar
3.18.15 Punca Pengurangan
3.18.16 Punca Pemecahan Ikatan
3.18.17 Punca Ulser
3.18.18 Punca Bengkak
3.18.19 Punca Kesakitan Secara Khusus
3.18.20 Punca Berhentinya Sakit
3.18.21 Perkara-Perkara Yang Disebabkan Oleh Kesakitan
3.18.22 Punca Kelazatan
3.18.23 Punca Kesakitan Akibat Gerakan
3.18.24 Punca Kesakitan Akibat Humor Yang Tidak Elok
3.18.25 Punca Kesakitan Akibat Angin
3.18.26 Punca Pengurungan dan Pengosongan
3.18.27 Punca Ketakcernaan dan Pemenuhan
3.18.28 Punca Kelemahan Organ
BAB KEEMPAT : GEJALA PENYAKIT
4.1 Perbincangan Umum Tentang Gejala dan Tanda
4.2 Perbezaan Antara Penyakit-Penyakit Khusus dan Penyakit-Penyakit Yang Berkongsi
4.3 Tanda Mizaj
4.4 Tanda Mizaj Yang Sederhana
4.5 Tanda Gejala Pemenuhan
4.6 Tanda Penguasaan Sesuatu Humor
4.7 Tanda Gejala Penyumbatan
4.8 Tanda Angin
4.9 Tanda Bengkak
4.10 Tanda Pemecahan Ikatan
4.11 Denyutan
4.11.1 Perbincangan Umum Tentang Denyutan
4.11.2 Sebab Bagi Jenis-Jenis Denyutan
4.11.3 Denyutan Lelaki, Wanita dan Peringkat- Peringkat Umur
4.11.4 Denyutan Bagi Setiap Mizaj
4.11.5 Denyutan Bagi Setiap Musim
4.11.6 Denyutan Yang Disebabkan Oleh Bahan- Bahan Makanan
4.11.7 Pengaruh Tidur dan Jaga Terhadap Denyutan
4.11.8 Pengaruh Riadah Terhadap Denyutan
4.11.9 Pengaruh Mandi Terhadap Denyutan
4.11.10 Denyutan Wanita Hamil
4.11.11 Pengaruh Kesakitan Terhadap Denyutan
4.11.12 Pengaruh Bengkak Terhadap Denyutan
4.11.13 Pengaruh Gejala Kejiwaan Terhadap Denyutan
4.12 Air Kencing dan Najis
4.12.1 Tanda-Tanda Umum Air Kencing
4.12.2 Tanda-Tanda Melalui Warna Air Kencing
4.12.3 Tanda-Tanda Melalui Struktur dan Kejernihan Air Kencing
4.12.4 Tanda-Tanda Melalui Bau Air Kencing
4.12.5 Tanda-Tanda Melalui Buih
4.12.6 Tanda-Tanda Melalui Mendapan
4.12.7 Tanda-Tanda Melalui Kuantiti Air Kencing
4.12.8 Air Kencing Yang Matang, Sihat Lagi Baik
4.12.9 Air Kencing Mengikut Peringkat Umur
4.12.10 Air Kencing Wanita dan Lelaki
4.12.11 Tanda-Tanda Melalui Najis
BIBLIOGRAFI
INDEKS