Wednesday, December 17, 2014

Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Menurut Ibnu Sina (Jilid 2)



Buku Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Menurut Ibnu Sina (Jilid 2) ini adalah kesinambungan daripada Jilid 1 sebelum ini yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pembaca dan peminat perubatan herba dan alternatif di negara ini.

Buku ini mengupas pandangan dan penemuan Ibnu Sina berkaitan fungsi tumbuh-tumbuhan perubatan dalam rawatan dan pencegahan penyakit, faedah terhadap organ-organ tubuh dan juga fungsi tumbuh-tumbuhan tersebut dalam bidang kosmetik, pengawalan serangga dan haiwan perosak, dan anti toksik.

Penerbitan buku ini dipercayai memenuhi citarasa kontemporari masyarakat hari ini yang sedang tercari-cari alternatif terbaik dalam penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit, termasuk aspek kecantikan dan penampilan diri, khususnya melalui sumber-sumber semulajadi, selamat, dan mujarab

Tuesday, December 2, 2014

Saturday, October 18, 2014

Paradoks Hantu Kehidupan

Al Islam, November 2014

Artikel ini turut membicarakan kepentingan kesepaduan antara IQ, EQ, dan rohani dalam kehidupan.


Friday, September 26, 2014

Segala-Galanya Seks !

Al Islam, Oktober 2014, hlm. 18 - 20.

Tuesday, August 19, 2014

Thursday, May 29, 2014

Friday, April 11, 2014

Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Menurut Ibnu Sina (Jilid 1)

Sinopsis



Antara bidang kajian yang sedang berkembang pesat di negara ini, malah di seluruh dunia sekarang ialah bidang bioteknologi. Antara elemen utama yang dikaji oleh ahli-ahli sains bioteknologi ialah bahan-bahan aktif yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan fungsi bahan-bahan aktif tersebut dalam, perubatan, penjagaan kesihatan, kosmetik, pengawalan serangga dan haiwan perosak, dan sebagainya. Pendek kata, bioteknologi adalah pelengkap kepada sains perubatan moden hari ini.

Oleh itu, penerbitan buku ini tepat pada masanya memandangkan masyarakat kini sedang tercari-cari alternatif terbaik dalam penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit, termasuk aspek kecantikan dan penampilan diri. Buku Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Menurut Ibnu Sina (Jilid I) ini adalah satu-satunya buku yang mengupas pandangan dan penemuan Ibnu Sina berkaitan tumbuh-tumbuhan, termasuk dari sudut sifat dan perlakuan tumbuh-tumbuhan tersebut dan kegunaannya dalam rawatan penyakit, pencegahan penyakit, dan faedahnya terhadap organ-organ tubuh secara khusus, dan kehidupan manusia secara amnya. Selain itu, buku ini juga turut membincangkan ubat-ubatan dari sudut sifat, tenaga, perlakuan, ciri-ciri khusus, pengaruh luar terhadap ubat-ubatan, waktu pengambilan ubat-ubatan, dan penjadualan ubat-ubatan.

Tuesday, April 1, 2014

Isu Pakaian Pengantin Perempuan

Al-Islam, April 2014


PUISI MH370 (2)



MH370
Dikau pergi tanpa isyarat
Dikau hilang tanpa jejak

Di saat itu
Jerebu berarak
Denggi merebak
Ultraman  penyelamat
Diharam diikat

Ketika itu
Air dicatu
Sahabat kami diaib malu

Pulanglah dikau !
Demi sebuah keadilan
Untuk mangsa
Yang tidak berdosa

Untuk mengajar doa dan taubat
Buat si penjilat khurafat
Buat penguasa yang keparat

Wednesday, March 12, 2014

PUISI MH370

MH370 pulanglah !
Kami semua merinduimu
Kami semua mencarimu
Dari polis, bomba, tentera,
Hinggalah ke bomoh

Siang malam tiada henti
Melainkan air mata tiada lagi
Untuk menangisi dosa dan khurafat
Yang dicipta manusia sesat

Thursday, February 20, 2014

Wednesday, January 29, 2014

Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum Wanita (edisi kemas kini)

Al-hamdulillah ... telah berada di pasaran kini. Untuk tempahan, sila hubungi 013-9205011.


Tuesday, January 21, 2014

Tuesday, January 7, 2014