Tuesday, July 13, 2010

Garam Penguat Seks

Haiwan yang digunakan ialah dhab, monitor, dan skink (ketiga-tiga haiwan ini termasuk dalam kategori biawak dan mengkarung). Monitor hendaklah ditangkap ketika musim bunga. Setelah disembelih, usus dan abdomen haiwan-haiwan ini hendaklah dicuci, sebelum diisi dengan garam.


Kemudian, haiwan ini hendaklah digantung di bawah bayang (tempat teduh) sehingga kering. Setelah kering, garam dari tubuhnya tadi diambil, manakala tubuh haiwan tersebut dibuang. Hanya sedikit sahaja garam daripada tubuh monitor yang diperlukan berbanding garam daripada skink, ikan duri (sheatfish), belut, ikan yu, dan ikan yang bersifat panas.


(sedutan daripada buku Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum Lelaki – sedang dalam proses penerbitan)

Friday, July 2, 2010

Prinsip Asas Dalam Perawatan

  • Pesakit dilarang mengambil makanan jika kita mahu sifat semulajadi tubuh memberi perhatian terdahap proses pematangan humor (khususnya semasa merawat penyakit akut).
  • Pengurangan makanan dilakukan jika tindakan tersebut bertujuan untuk memelihara tenaga (khususnya semasa merawat penyakit kronik).
  • Sesuatu penyakit itu dirawat secara bertentangan, sedangkan kesihatan pula dijaga secara kaedah persamaan. Contohnya, penyakit yang sejuk seperti selesema, hendaklah dirawat dengan ubat yang panas.
  • Bahan yang dikenalpasti menyebabkan penyakit hendaklah ditarik keluar dari tubuh badan.
  • Melakukan tekanan ke atas organ yang bertentangan mampu menarik bahan yang menyebabkan penyakit.
  • Beringat-ingat agar tidak lari daripada kaedah rawatan yang betul, walaupun kesannya lambat, kepada kaedah rawatan yang salah.
  • Tidak boleh berterusan menggunakan ubat yang sama untuk merawat penyakit yang sama.
  • Melakukan sesuatu yang boleh menguatkan Tenaga Kejiwaan dan Tenaga Kehaiwanan seperti bergembira dan melihat pemandangan yang menyenangkan.