Wednesday, March 23, 2011

Minyak Anfaq

Minyak anfaq : Olive oil extracted from the first cold press of unripe green olives, characterized by having a high level of astringency. Good quality oil is fragrant, with a fine taste, free of sharpness and acridity.

Tuesday, March 22, 2011

Buku Terbaru, Insya Allah Akan Terbit Jun/Julai 2011

Mencari Keinsafan Melalui Hantu dan Toyol



“Saya tidak percaya dengan semua itu. Karut. Mana ada hantu dan pocong dalam dunia ini. Itu hanyalah fantasi kamu aje”. “Kalau kamu tidak percaya, kamu masuk aje ke dalam hutan itu. Kamu akan ketemu jawapannya”. Lalu lelaki itu pun segera menyambut cabaran daripada ‘jiran’ yang baru dikenalinya itu bagi membuktikan dakwaan wanita tersebut semuanya karut-marut. Namun, akhirnya lelaki itu menemui ajal di tangan pocong yang tidak dipercayainya itu, malah pocong itu berjaya pula memasuki tubuhnya bagi memperdaya isteri lelaki tersebut.

Itulah antara lakon layar sebuah filem yang pernah saya tonton di sebuah saluran TV yang terkenal di negara ini. Secara kasarnya tidak ada apa yang salah pada lakon layar tersebut. Lagi pun filem adalah karya seni dan kreatif. Antara fungsi filem ialah menyampaikan idea dan mentafsirkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat mengikut kaca mata pengarah. Oleh itu, filem tidak tertakluk kepada fakta dan realiti. Pendek kata filem harus bersifast bebas dan tidak terkongkong.

Namun dalam kes di atas, kebebasan dan keharusan berkreativiti dalam filem telah disalahgunakan oleh pengarah filem tersebut. Hal ini kerana lakon layar dan plot filem tersebut seolah-olah mengajak para penonton menolak pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada hantu dan pocong di atas dunia ini. Secara tidak langsung, pemikiran penonton telah diracuni dengan kepercayaan bahawa hantu yang menjelma melalui roh orang jahat juga mampu menyesatkan manusia.

Kepercayaan tentang hantu seperti ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan ajaran agama Islam yang suci. Kepercayaan tentang hantu dan roh jahat sebenarnya adalah khurafat yang diwarisi secara turun temurun. Khurafat jenis ini bukan sahaja wujud dalam kalangan bangsa Melayu, malah wujud dalam hampir semua bangsa, termasuk bangsa Firaun Mesir yang melukiskan perjalanan roh si mati pada dinding-dinding kubur para raja dan pembesar mereka.

Dalam konteks bangsa Melayu, roh jahat selalu dikaitkan dengan si mati yang melakukan kejahatan semasa hidup. Setelah orang jahat itu meninggal dunia, rohnya akan digambarkan sentiasa merayau-rayau pada waktu malam bagi menakut-nakutkan orang yang masih hidup, atau bagi tujuan menjaga kawasan taklukannya daripada dicerobohi oleh orang-orang yang tidak diingini. Pendek kata, orang yang jahat akan berterusan melakukan kejahatan walaupun sesudah meninggal dunia.

(Nota : Artikel yang selengkapnya boleh dibaca dalam majalah Al-Islam, April 2011, hlm. 16)