Sunday, April 27, 2014

Friday, April 11, 2014

Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Menurut Ibnu Sina (Jilid 1)

Sinopsis



Antara bidang kajian yang sedang berkembang pesat di negara ini, malah di seluruh dunia sekarang ialah bidang bioteknologi. Antara elemen utama yang dikaji oleh ahli-ahli sains bioteknologi ialah bahan-bahan aktif yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan fungsi bahan-bahan aktif tersebut dalam, perubatan, penjagaan kesihatan, kosmetik, pengawalan serangga dan haiwan perosak, dan sebagainya. Pendek kata, bioteknologi adalah pelengkap kepada sains perubatan moden hari ini.

Oleh itu, penerbitan buku ini tepat pada masanya memandangkan masyarakat kini sedang tercari-cari alternatif terbaik dalam penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit, termasuk aspek kecantikan dan penampilan diri. Buku Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Menurut Ibnu Sina (Jilid I) ini adalah satu-satunya buku yang mengupas pandangan dan penemuan Ibnu Sina berkaitan tumbuh-tumbuhan, termasuk dari sudut sifat dan perlakuan tumbuh-tumbuhan tersebut dan kegunaannya dalam rawatan penyakit, pencegahan penyakit, dan faedahnya terhadap organ-organ tubuh secara khusus, dan kehidupan manusia secara amnya. Selain itu, buku ini juga turut membincangkan ubat-ubatan dari sudut sifat, tenaga, perlakuan, ciri-ciri khusus, pengaruh luar terhadap ubat-ubatan, waktu pengambilan ubat-ubatan, dan penjadualan ubat-ubatan.

Tuesday, April 1, 2014

Isu Pakaian Pengantin Perempuan

Al-Islam, April 2014


PUISI MH370 (2)



MH370
Dikau pergi tanpa isyarat
Dikau hilang tanpa jejak

Di saat itu
Jerebu berarak
Denggi merebak
Ultraman  penyelamat
Diharam diikat

Ketika itu
Air dicatu
Sahabat kami diaib malu

Pulanglah dikau !
Demi sebuah keadilan
Untuk mangsa
Yang tidak berdosa

Untuk mengajar doa dan taubat
Buat si penjilat khurafat
Buat penguasa yang keparat