Monday, December 19, 2011

Monday, November 21, 2011

Kamu Guna, Kamu Hebat


Al-Islam, Disember 2011, hlm. 10-11.

Saturday, November 5, 2011

Imej Bank Islam Tercalar

CAJ E-BANKER CEMAR IMEJ BANK ISLAM

Bermula Mac 2011 yang lalu, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mula mengenakan caj RM5.00 sebulan ke atas perkhidmatan e-banker yang ditawarkan kepada pemegang akaun semasa bank tersebut. Caj ini dianggap yang terendah berbanding caj yang sama yang dikenakan oleh bank-bank perdagangan yang lain.

Namun, tanpa disedari, pengenaan caj yang sebelum ini adalah percuma sebenarkan telah mencalarkan imej BIMB yang bergerak di atas jenama Islam yang bersih dan adil. Hal ini kerana caj tersebut dikenakan ke atas pelanggan tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, khususnya melalui penyata akaun yang dihantar kepada pelanggan setiap bulan.

Saya tidak mahu mempertikaikan langkah BIMB ini dari sudut undang-undang kerana BIMB mungkin mempunyai klausa-klausa tertentu dalam syarat perkhidmatan e-banker untuk berbuat demikian. Namun, pengenaan caj tanpa sebarang notis ini atas apa-apa alasan sekalipun tetap dilihat tidak adil kepada pelanggan kerana pelanggan sepatutnya diberi pilihan terlebih dahulu sama ada mahu meneruskan perkhidmatan e-banker, atau sebaliknya selepas 1 Mac 2011.

Dalam masa yang sama, BIMB juga tidak sepatutnya berhujah bahawa menjadi tanggungjawab pelanggan untuk menghubungi pihak bank bagi mendapatkan sebarang penjelasan di atas sebarang pemotongan amaun (debit) sebagaimana yang ditunjukkan dalam penyata akaun bulanan. Bayangkanlah jika ada pelanggan yang tidak menyedari tentang caj e-banker ini sedangkan ia sudah lama tidak menggunakan perkhidmatan tersebut atas sebab-sebab tertentu seperti terlupa kata laluan dan sebagainya.

Justeru itu, saya memohon agar pihak BIMB memberi notis caj e-banker ini dengan segera melalui akaun bulanan yang terdekat kepada para pelanggan akaun semasa BIMB, di samping membayar balik sebarang pemotongan yang telah dikenakan sebelum ini kepada mana-mana pelanggan yang memilih untuk tidak mahu meneruskan perkhidmatan e-banker tersebut. Semuanya ini demi keadilan kepada pelanggan kerana ingatlah bahawa pelanggan sentiasa benar.

DR. MOHD HILMI B. ABDULLAH

4 September 2011

Friday, October 21, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Thursday, July 21, 2011

Salih Yaacob Idola Lelaki, Al Islam, Ogos 2011

Tajuk asal artikel ini ialah Salih Yaacob Idola Lelaki.

Saturday, July 9, 2011

Rawatan & Penjagaan Buah Pinggang & Pundi Air Kencing Menurut Ibnu Sina

Nama Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
ISBN : 978-983-42079-9-1
Jumlah Halaman : 242 (termasuk bibliografi & indeks)
Sinopsis
:
Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 10 Mac 2011 yang lalu, kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kesihatan bahawa jumlah pesakit yang menerima rawatan dialisis meningkat kepada 21,159 orang pada 2009 berbanding 6,689 bagi tahun 2000. Statisk ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita bahawa penjagaan terhadap kesihatan buah pinggang perlu diberi perhatian serius dalam kehidupan zaman moden yang serba kompleks ini.

Sehubungan itu, penerbitan buku ini tepat pada masanya di saat kita semua sedang mencari penawar dan ramuan yang terbaik bagi memastikan buah pinggang dan pundi air kencing kita berfungsi dengan baik. Sebarang kerosakan yang berlaku ke atas kedua-dua organ penting tersebut boleh mengganggu keselesaan hidup, malah boleh membawa kepada kematian.

Justeru itu, buku ini yang mengupas pandangan Ibnu Sina berkaitan penjagaan dan rawatan ke atas buah pinggang dan pundi air kencing amat perlu dimiliki oleh kita semua. Antara topik menarik yang dibincangkan dalam buku ini ialah perbincangan tentang batu karang, bengkak, dan ulser buah pinggang dan pundi air kencing, dan gejala kencing menitis, kencing dedas, dan kencing berdarah. Paling menarik, Ibnu Sina juga turut mengupas punca dan rawatan penyakit kencing manis dalam skop yang berlainan daripada apa yang biasa kita fahami berkaitan penyakit tersebut.

Kandungan :

BAB PERTAMA

PERBINCANGAN UMUM TENTANG

BUAH PINGGANG

1.1 Anatomi Buah Pinggang 1

1.2 Penyakit Buah Pinggang 5

1.3 Tanda Keadaan Buah Pinggang 6

1.4 Kepanasan Buah Pinggang 8

1.5 Kesejukan Buah Pinggang 9

1.6 Kekurusan Buah Pinggang 10

1.7 Kelemahan Buah Pinggang 13

1.8 Angin Buah Pinggang 17

1.9 Kesakitan Buah Pinggang 18

BAB KEDUA

BENGKAK DAN PEMECAHAN IKATAN

BUAH PINGGANG

2.1 Bengkak Panas 20

2.2 Bengkak Kahak 38

2.3 Bengkak Keras 38

2.4 Ulser Buah Pinggang 41

2.5 Kudis Buah Pinggang dan Saluran 56

BAB KETIGA

BATU KARANG BUAH PINGGANG

3.1 Punca Batu Karang 58

3.2 Tanda Batu Karang 66

3.3 Rawatan Batu Karang 68

3.3.1 Ubat-Ubatan Pemecah Karang 71

3.3.2 Ubat-Ubatan Kompleks 83

3.3.3 Ubat-Ubatan Rebusan 87

3.3.4 Minyak, Krim, dan Pengurusan 89

BAB KEEMPAT

PUNDI AIR KENCING

4.1 Anatomi Pundi Air Kencing 96

4.2 Penyakit Pundi Air Kencing 99

4.3 Perkara-Perkara Yang Memanaskan dan

Menyejukkan Pundi Air Kencing 100

4.4 Batu Karang Pundi Air Kencing 101

4.5 Rawatan Batu Karang Pundi Air Kencing 105

4.6 Pembedahan dan Pengurusan Pesakit 108

4.7 Bengkak Panas Pundi Air Kencing 114

4.8 Bengkak Keras Pundi Air Kencing 120

4.9 Ulser Pundi Air Kencing 121

4.10 Kudis Pundi Air Kencing 127

4.11 Darah Beku Dalam Pundi Air Kencing 127

4.12 Pengkehelan dan Pengenduran Pundi Air Kencing 130

4.13 Kesakitan dan Kelemahan Pundi Air Kencing 133

4.14 Angin Pundi Air Kencing 135

BAB KELIMA

GEJALA AIR KENCING

5.1 Pendahuluan 136

5.2 Pembakaran Air Kencing 136

5.3 Kekurangan Air Kencing dan Kesukaran

Membuang Air Kencing 140

5.4 Tanda Bagi Punca Kesukaran Membuang Air

Kencing 146

5.5 Rawatan Kesukaran Membuang Air Kencing 151

5.6 Penggunaan Kateter dan Mibwalah 160

5.7 Air Kencing Yang Banyak 164

5.8 Air Kencing Berdarah, Bernanah, dan Air Kencing

Yang Pelik 166

5.9 Rawatan Air Kencing Berdarah, Bernanah, dan

Air Kencing Yang Pelik 173

BAB KEENAM

KENCING MENITIS, KENCING DEDAS,

DAN KENCING MANIS

6.1 Punca Kencing Menitis 180

6.2 Rawatan Kencing Menitis 184

6.3 Kencing Dedas 188

6.4 Kencing Di Atas Tilam 191

6.5 Kencing Manis 193

6.6 Rawatan Kencing Manis 195

LAMPIRAN A 202

BIBLIOGRAFI 217

INDEKS 220

Wednesday, May 18, 2011

Akhirnya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin Berlembut Dalam Isu Tajassus

Setelah dikritik hebat, baru sekarang Prof. Madya Dr. Mohd. Asri berlembut dalam isu tajassus ini. Walaupun sudah terlambat dan telah mencemarkan nama baik ramai pihak, sekurang-kurangnya kenyataan terbaru beliau ini boleh dianggap sebagai menarik balik beberapa tuduhan tidak berasas beliau sebelum ini. Sehubungan itu, saya tutup isu ini dan tidak akan menyerang beliau lagi, kecuali jika beliau mengambil tindakan undur ke belakang selepas ini.

http://drmaza.com/home/?p=1415#more-1415

Wednesday, April 27, 2011

Surat Terbuka Untuk Ustaz Azhar Idrus

Daripada :
Dr. Mohd Hilmi b. Abdullah
UPSI

Kepada :
Ustaz Azhar Idrus

27 April 2011

Tuan ;

Nikah Di Golok Tidak Sah Tanpa Izin Wali Bapa

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wa barakatuh. Saya ingin merujuk kepada tajuk di atas berdasarkan dua petikan video ustaz yg telah diuploadkan ke You Tube dan juga jawapan ustaz terhadap isu ini dalam Facebook yg dipetik seperti berikut :

"Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : jwpn2 yg saya berikan berikutan isu ini ada tafsil bukan pukul rata..nikah lari dgn nikah di luar negara bukan benda yg sama..
nikah lari ialah pengantin perempuan yg tinggal bersama wali dilarikan keluar negara dan dinikahkan sedangkan wali yaitu bapa masih ada dan tidak diminta izin..dalam hukum Islam wali paling berkuasa..jika wali enggan menjadi wali dgn bertulis barulah berpindah wali kpd datuk kemudian sedara kemudian anak sedara kemudian bapa sedara kemudian spupu..jika ada bapa tapi tidak menggunakan bapa terus digunakan sepupu..tidak sah..inikan pula bapa ada tapi dinafikan hak seorang bapa tanpa izin terus digunakan wali di siam..
manakala nikah diluar negara ialah pengantin berada diluar negara dan bapa tak dapat hadir kerana jauh dan telah memberi izin,,nikah ini sah.."

Bagi saya jawapan ustaz di atas menimbulkan beberapa soalan seperti yg berikut :-

Pertama : Adakah Wali Hakim tidak mempunyai kuasa budi bicara dalam memutuskan untuk melaksanakan perkahwinan yang melebihi jarak dua marhalah? Adakah perlu Wali Hakim tersebut meminta keizinan wali bapa terlebih dahulu dalam melaksanakan aqad nikah tersebut? Adakah sama Wali Hakim dgn tok imam yg selalu menjadi wakil kpd wali bapa dalam upacara aqad nikah?

Kedua : Wali Hakim di Selatan Thailand berpendapat adalah lebih baik mereka menggunakan kuasa yg ada utk melaksanakan aqad nikah daripada membiarkan pasangan terbabit terjebak ke dalam aktiviti zina seperti pelaku dalam video seks Dato' T itu. Adakah Ustaz Azhar Idrus lebih rela melihat perbuatan zina berlaku daripada menerima pendapat khilaf dalam mazhab yg membenarkan Wali Hakim melaksanakan aqad nikah yg melebihi jarak dua marhalah?

Ketiga : Kenyataan Ustaz Azhar Idrus dalam isu ini boleh dianggap menghina Mahkamah Syariah di Selatan Thai dan juga di negara ini yang antara kerja rutin mahkamah tersebut ialah mengesahkan kaedah perkahwinan yg dipertikaikan oleh Ustaz Azhar Idrus itu.

Sekian untuk renungan kita bersama. Segala yg baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu daripada kelemahan diri kita semua.

Wednesday, April 20, 2011

Penyakit Jantung Dalam Al-Quran


Kematian seorang demi seorang wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu, termasuk yang terakhir kematian ADUN Kerdau, YB Datuk Zaharuddin Abu Kassim telah menimbulkan polemik tentang betapa pentingnya seseorang wakil rakyat itu menjaga kesihatan dan memastikan dirinya sentiasa bersedia memberi khidmat kepada rakyat dengan tahap kesihatan yang memuaskan. Mengikut rekod, punca utama kematian kebanyakan wakil rakyat tersebut ialah akibat sakit jantung.

Dari satu sudut, timbulnya polemik ini sedikit sebanyak menunjukkan kesedaran masyarakat tentang keperluan penjagaan kesihatan, termasuk memastikan diri bebas daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, gout, kencing manis, sakit buah pinggang, strok, dan sebagainya. Dalam hal ini, sakit jantung telah dikenalpasti sebagai penyebab utama punca kematian di kalangan pesakit di negara ini selepas daripada kematian akibat kemalangan jalanraya.

Dalam konteks sakit jantung, antara punca utama penyakit tersebut seperti yang diketahui umum ialah pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak dan minyak, khususnya yang mempunyai banyak kolesterol, gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, dan tekanan perasaan, atau stres akibat tekanan kerja, masalah rumahtangga, masalah kewangan, dan sebagainya.

Dalam perubatan barat yang dianggap sumber utama perubatan moden hari ini, punca sakit jantung akibat kolesterol dikenali sebagai punca material, manakala punca sakit jantung akibat stres pula dikenali sebagai punca psikologi. Oleh itu, rawatan yang diberikan kepada pesakit jantung juga hanya terhad kepada dua jenis kaedah rawatan, iaitu rawatan secara fizikal melalui pengambilan ubat-ubatan, pembedahan, terapi fisiologi, dan sebagainya, dan rawatan secara terapi mental melalui bimbingan kaunseling, psikiatri, dan sebagainya.

Namun, dalam Islam, punca penyakit tidak hanya terhad kepada punca material dan psikologi sahaja, tetapi turut juga melibatkan spiritual pesakit. Hal ini kerana Islam menganggap hanya Allah sahaja yang mampu menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit, dan hanya Dia juga sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Dalam Islam, diagnosis doktor dan pengambilan ubat hanyalah ikhtiar semata-mata.

Kerana itulah apabila Siti Fatimah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang kepenatannya menjalankan tugas sebagai suri rumah sepenuh masa, lalu memohon daripada ayahdanya itu supaya menyediakan kepadanya seorang pembantu rumah, Rasulullah s.a.w. hanya menyuruhnya supaya bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali, bertakbir 33 kali, dan disudahi dengan lafaz “la ilaha illallah” sekali.

Hal ini kerana berzikir dan mengingati Allah adalah ubat rohani yang boleh menjadikan seseorang itu tenang dan tabah. Lalu dengan ketenangan tersebut, mental seseorang itu akan menjadi kuat sehingga segala kepenatan akan hilang dan segala kebimbangan mampu dihadapi secara positif. Malah, berzikir dan mengingati Allah adalah lebih baik daripada menelan panadol atau aspirin bagi meredakan kebimbangan, keresahan, dan kecelaruan minda.

Perkara yang sama juga dititikberatkan oleh Islam dalam perawatan dan penjagaan jantung. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Baqarah, ayat yang ke-10 yang bermaksud : “Dalam ‘qulub’ mereka (yakni golongan munafiq itu) terdapat penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)”.

(Nota : Baca perenggan yg seterusnya dlm. Al-Islam, Mei 2011, hlm. 40).