- Pesakit dilarang mengambil makanan jika kita mahu sifat semulajadi tubuh memberi perhatian terdahap proses pematangan humor (khususnya semasa merawat penyakit akut).
- Pengurangan makanan dilakukan jika tindakan tersebut bertujuan untuk memelihara tenaga (khususnya semasa merawat penyakit kronik).
- Sesuatu penyakit itu dirawat secara bertentangan, sedangkan kesihatan pula dijaga secara kaedah persamaan. Contohnya, penyakit yang sejuk seperti selesema, hendaklah dirawat dengan ubat yang panas.
- Bahan yang dikenalpasti menyebabkan penyakit hendaklah ditarik keluar dari tubuh badan.
- Melakukan tekanan ke atas organ yang bertentangan mampu menarik bahan yang menyebabkan penyakit.
- Beringat-ingat agar tidak lari daripada kaedah rawatan yang betul, walaupun kesannya lambat, kepada kaedah rawatan yang salah.
- Tidak boleh berterusan menggunakan ubat yang sama untuk merawat penyakit yang sama.
- Melakukan sesuatu yang boleh menguatkan Tenaga Kejiwaan dan Tenaga Kehaiwanan seperti bergembira dan melihat pemandangan yang menyenangkan.
(KT 0196302-D)
No. 30, Jln. Cenderawasih 1, Taman Desa Keliang Jaya, Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tel. : 013-9205011
pustakahilmi@gmail.com /
pustakahilmi.blogspot.com
KAMI ADALAH PENERBIT TUNGGAL BUKU-BUKU PERUBATAN IBNU SINA DI MALAYSIA
Friday, July 2, 2010
Prinsip Asas Dalam Perawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment