Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
pustakahilmi@yahoo.com
pustakahilmi.blogspot.com
Sebelum ini saya tertanya-tanya kenapa syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) negara ini berlumba-lumba menawarkan pakej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang murah sehingga ke tahap 1 sen bagi setiap SMS yang dihantar. Namun, apabila saya mula mengaktifkan akaun Facebook saya kira-kira dua bulan yang lalu, baru saya memahami kenapa syarikat-syarikat telko negara ini, malah mungkin juga syarikat-syarikat telko di seluruh dunia, mengambil langkah yang disifatkan sebagai “mempertahankan diri” daripada serangan pengaruh dan budaya Facebook.
Apa tidaknya? Melalui Facebook kita boleh mencari sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan dengan kita sebelum ini, mengenang peristiwa-peristiwa silam yang mengujakan melalui gambar-gambar yang dimuat naik oleh rakan-rakan ke dalam Facebook, bergurau senda melalui komen-komen yang ditulis berkaitan gambar atau pendapat yang dikemukakan, dan jika bernasib baik, kita boleh berchating (berceloteh) dengan individu-individu tertentu yang jarang diperolehi melalui medium-medium yang lain. Menariknya, semua kemudahan ini diperolehi secara percuma sahaja.
Kerana itulah, dalam masa yang singkat sahaja laman web sosial Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg (lahir pada 14 Mei 1984) pada 4 Februari 2004 telah berjaya menakluki dunia siber di seluruh dunia, termasuk di negara ini. Buktinya, menurut Persatuan Digital Malaysia (MDA), Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober 2010 yang lalu dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya.
(Nota : Untuk membaca artikel ini yg sepenuhnya, dapatkan majalah Al-Islam, Januari 2011, hlm. 54. Sekian, terima kasih).
No comments:
Post a Comment