Monday, May 4, 2015

Konsep, Kaedah & Teknik Terjemahan Arab - Melayu

Harga pembelian melalui Pos Laju, RM 30.00

Ilmu terjemahan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak lantaran kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan ilmu tersebut dalam pembinaan ketamadunan dan peradaban sesuatu bangsa. Sehubungan itu, kemunculan buku ini diharap mampu menangkis persepsi negatif tersebut, apatah lagi buku ini ditulis oleh seorang sarjana bahasa Arab yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 17 tahun dalam bidang terjemahan Arab-Melayu, khususnya melalui terjemahan beliau terhadap buku al-Qanun Fi al-Tibb, Ibnu Sina.

Buku Konsep, Kaedah & Teknik Terjemahan Arab-Melayu ini adalah jawapan kepada para pelajar dan sarjana bahasa Arab yang selama ini tercari-cari formula yang terbaik bagi menghasilkan teks terjemahan Arab-Melayu yang berkualiti tinggi, bermutu, mudah difahami, menarik, serta menepati tatabahasa bahasa Melayu. Di akhir buku ini, pembaca diajak menilai dan menganalisis teks terjemahan Arab-Melayu yang terpilih bagi tujuan pengukuhan terhadap konsep, kaedah, dan teknik terjemahan Arab-Melayu yang dipelajari dalam bab-bab yang sebelum itu.

Sehubungan dengan itu, buku ini amat sesuai dijadikan buku teks dan rujukan bagi subjek terjemahan Arab-Melayu, serta amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, sama ada para pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, dan universiti, mahu pun golongan profesional.