Thursday, January 20, 2011

Melayang Ke Bulan Selepas Minum Kopi

Percayakah anda seandainya saya mengatakan bahawa jika anda meminum produk air kopi Tongkat Ali yang saya usahakan ini, rumah anda akan bergegar, dan anda mungkin akan tercampak keluar dari tingkap, malah anda juga mungkin akan melayang sehingga ke bulan! Pasti anda tidak percaya kerana dakwaan saya tersebut sesuatu yang mustahil. Malah, mungkin ada di antara anda yang akan menganggap saya sebagai gila, atau sengaja mahu mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian orang ramai supaya membeli produk yang diiklankan.


Namun, tahukah anda perkara seperti itulah yang digemari oleh kebanyakan mereka yang terlibat dalam industri pengiklanan di negara ini, malah di seluruh dunia. Lihatlah iklan-iklan yang disiarkan di kaca televisyen khususnya, kebanyakan iklan tersebut bersifat bombastik dan tidak masuk akal, serta mengandungi makna dan mesej tersirat yang bertujuan memberi gambaran kepada penonton bahawa produk yang dihasilkan bermutu tinggi, selamat, mujarab, terbukti berkesan, menjimatkan, disukai ramai, meningkatkan keupayaan diri, dan sebagainya.


Televisyen pula dipilih bagi iklan-iklan seperti ini kerana para penonton dikatakan mudah terpengaruh dengan provokasi yang dihidangkan oleh medium tersebut. Hal ini kerana iklan di kaca televisyen mampu dipersembahkan melalui adunan audio dan visual yang menarik dan memukau. Keadaan ini diperkuatkan lagi melalui penampilan barisan pelakon yang cantik, menggiurkan, tampan, dan bertubuh sasa, termasuk penampilan duta-duta produk daripada selebriti-selebriti yang terkenal seperti artis, personaliti televisyen, bintang sukan, penceramah agama, dan lain-lain.


(Nota : Untuk membaca artikel yang selengkapnya, sila dapatkan majalah Al-Islam, Februari 2011, halaman 66. Sekian, terima kasih).

Tuesday, December 21, 2010

Facebookmania, Apa Akan Jadi 10 Tahun Lagi?

Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
pustakahilmi@yahoo.com
pustakahilmi.blogspot.com

Sebelum ini saya tertanya-tanya kenapa syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) negara ini berlumba-lumba menawarkan pakej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang murah sehingga ke tahap 1 sen bagi setiap SMS yang dihantar. Namun, apabila saya mula mengaktifkan akaun Facebook saya kira-kira dua bulan yang lalu, baru saya memahami kenapa syarikat-syarikat telko negara ini, malah mungkin juga syarikat-syarikat telko di seluruh dunia, mengambil langkah yang disifatkan sebagai “mempertahankan diri” daripada serangan pengaruh dan budaya Facebook.

Apa tidaknya? Melalui Facebook kita boleh mencari sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan dengan kita sebelum ini, mengenang peristiwa-peristiwa silam yang mengujakan melalui gambar-gambar yang dimuat naik oleh rakan-rakan ke dalam Facebook, bergurau senda melalui komen-komen yang ditulis berkaitan gambar atau pendapat yang dikemukakan, dan jika bernasib baik, kita boleh berchating (berceloteh) dengan individu-individu tertentu yang jarang diperolehi melalui medium-medium yang lain. Menariknya, semua kemudahan ini diperolehi secara percuma sahaja.

Kerana itulah, dalam masa yang singkat sahaja laman web sosial Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg (lahir pada 14 Mei 1984) pada 4 Februari 2004 telah berjaya menakluki dunia siber di seluruh dunia, termasuk di negara ini. Buktinya, menurut Persatuan Digital Malaysia (MDA), Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober 2010 yang lalu dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya.

(Nota : Untuk membaca artikel ini yg sepenuhnya, dapatkan majalah Al-Islam, Januari 2011, hlm. 54. Sekian, terima kasih).

Monday, December 13, 2010

Filem Hantu Rosakkan Akidah Anak

Ikuti perbahasan saya tentang isu ini dalam majalah Harmoni, 15 - 31 Disember 2010, hlm. 43. Sekian, terima kasih.

Thursday, November 25, 2010

Pornografi, Hiburan Atau Ketagihan?

Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
pustakahilmi@yahoo.com
pustakahilmi.blogspot.com

Semasa pra pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memberitahu, antara perkara yang banyak dibangkitkan oleh pengunjung-pengunjung portal 1Malaysia ialah keperluan mendapatkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi yang meluas di seluruh negara, termasuk di kawasan kampung dan pedalaman. Sesungguhnya, kesedaran yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini berkaitan kepentingan jalur lebar sememangnya dialu-alukan kerana antara syarat untuk Malaysia menjadi negara maju ialah kecelikan teknologi maklumat, komunikasi, dan multimedia yang tinggi di kalangan rakyatnya.

Namun, harus diingatkan bahawa kecelikan dan kesedaran yang tinggi sahaja tidak memadai jika tidak diiringi dengan kesedaran yang sama tinggi, atau lebih tinggi lagi dalam kemahiran insaniah, akhlak, kehidupan beragama, dan hubungan kaum di kalangan rakyat negara ini. Hal ini kerana semakin meluasnya liputan jalur lebar yang berkelajuan tinggi di seluruh negara akan meningkatkan lagi risiko berlakunya salah laku dan penyalahgunaan internet di kalangan rakyat Malaysia.

Antara salah laku yang sering dikaitkan dengan kemudahan jalur lebar, ialah penyalahgunaan internet bagi tujuan yang berkaitan dengan pornografi, yakni kegiatan memuat turun (download) atau memuat naik (upload) video dan gambar lucah, sama ada untuk dilihat dan dinikmati oleh diri sendiri, atau pun untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain dalam dunia siber...

(Nota : Artikel selengkapnya boleh dibaca dalam majalah Al-Islam, Disember 2010, hlm. 62. Sekian, terima kasih).

Sunday, November 7, 2010

Pas Kelantan Perlukan Perubahan

Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah

Kekalahan Pas dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas pada 4 November yang lalu sesungguhnya telah memberi tamparan yang hebat kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, di saat kemeriahan rakyat Cik Siti Wan Kembang tersebut meraikan tempoh 20 tahun Pas memerintah Kelantan dan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan menjuari Piala Malaysia.

Kekalahan ini sebenarnya sudah dijangka lebih awal lagi memandangkan Galas dan Gua Musang adalah kubu kuat Tengku Razaleigh Hamzah sejak zaman berzaman, khususnya pengaruh Tengku Razaleigh di kalangan orang-orang asli. Namun, majoriti yang melebihi seribu yang diperolehi oleh calon Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusoff, sesuatu yang mengejutkan dan memalukan Pas Kelantan yang sentiasa menitikbertakan integriti dan kebertanggungjawaban dalam saf kepimpinannya.

Kekalahan ini juga sebenarnya adalah rentetan daripada kemerosotan undi orang-orang Melayu terhadap Pas Kelantan yang dimulai dengan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai seblum ini. Trend kemerosotan pengundi Melayu, khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda ini adalah petunjuk bahawa rakyat Kelantan sudah mulai jemu dengan corak kepimpinan dan gaya politik yang tidak pernah berubah semenjak 20 tahun yang lalu.

Saya menyedari para penyokong Pas seluruh negara pastinya sukar menerima cadangan saya ini, namun saya percaya Pas Kelantan tidak ketandusan pemimpin untuk diketengahkan. Pas Kelantan juga tidak boleh lagi berlengah dalam mencari dan mengasah bakal-bakal pemimpin di masa hadapan, termasuk di kalangan pemimpin-pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Saya percaya, jika Dato’ Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar sekarang ini diberi kepercayaan untuk menerajui negeri Serambi Mekah tersebut, satu nafas baru dan segar mampu dijana dalam politik negeri Kelantan. Gaya kepimpinan Dato’ Ahmad Yakob yang low profile dan tidak suka mencari musuh pasti disenangi oleh semua pihak, termasuk para penyokong UMNO. Kerjasama antara kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat juga dijangka akan lebih mantap dan seterusnya mampu menjana pembangunan di negeri yang sudah lama tersisih ini.

Tun Dr. Mahathir pernah berkata : “Jika kita mahu meletak jawatan, kita hendaklah meletak jawatan ketika orang masih sayang kepada kita”. Jika Dato’ Nik Aziz masih berkeras enggan meletak jawatan, saya bimbang khurafat yang sedang bercambah di kalangan rakyat Kelantan sekarang ini bahawa Pas Kelantan akan berpecah jika Dato’ Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar, akan merebak dan membarah sehingga menjadi penyakit yang sukar diubati menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Wednesday, October 20, 2010

Lawak Bodoh Untuk Siapa

Sila baca artikel saya ini dalam majalah Al-Islam, November 2010, halaman 64-65. Sudah ada di pasaran sekarang ini. Sekian, terima kasih.

Seks Bebas Di Kalangan Remaja, Kenapa dan Mengapa

Sila baca artikel saya tersebut dalam majalah Al-Islam, Oktober 2010, halaman 42 - 44. Sekian, terima kasih.

Sunday, October 10, 2010

Kenapa Air Kencing Berwarna Kuning

Menurut Ibnu Sina, sel-sel yang terdapat di dalam buah pinggang kita terlalu halus untuk dimasuki oleh molekul-molekul darah, sedangkan buah pinggang memerlukan darah sebagai nutrien. Oleh itu, molekul darah perlu dihaluskan melalui cecair hempedu yang dikeluarkan oleh hati. Cecair hempedu yang berwarna kuning ini mampu mengecilkan molekul darah kerana sifatnya yang sangat panas.

Setelah hempedu bersama darah memasuki sel-sel buah pinggang, buah pinggang hanya mengambil darah sebagai nutrien dan merembeskan kembali hempedu keluar bersama air kencing. Kerana itulah air kencing kita berwarna kuning. Pigmen kuning yang terdapat di dalam air kencing kita adalah sama dengan pigmen kuning yang terdapat di dalam najis, iaitu hempedu kuning yang dikeluarkan oleh hati.

Saturday, August 21, 2010

Hikmah Puasa Menurut Perubatan Ibnu Sina

Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah

Apabila kita berpuasa, kita pasti akan berasa lapar? Perasaan lapar tersebut disebabkan oleh enzim yang dikeluarkan oleh limpa kita sebagai isyarat supaya kita makan, atau masa makan sudah sampai.

Menurut Ibnu Sina, enzim dari limpa tersebut sebenarnya adalah lebihan limpa yang sewajarnya dikeluarkan oleh tubuh badan. Namun, enzim tersebut hanya akan keluar jika seseorang itu berpuasa atau tidak makan sehingga terasa lapar. Apabial enzim ini keluar, bermakna limpa kita telah dibersihkan daripada bahan yang boleh merosakkannya.

Manakala, apabila kita berbuka puasa pula, 10 minit selepas kita makan, pundi hempedu kita pula akan mengeluarkan enzim bagi tujuan penghadaman. Menurut Ibnu Sina, enzim tersebut juga adalah lebihan pundi hempedu yang sewajarnya dikeluarkan oleh tubuh badan.

Oleh itu, ibadah puasa berfungsi membersihkan organ limpa dan pundi hempedu kita daripada bahan-bahan yang boleh membahayakan kedua-dua organ tersebut. Untuk penerangan lanjut, sila baca buku saya Teori-Teori Asas Perubatan Ibnu Sina.

Tuesday, July 13, 2010

Garam Penguat Seks

Haiwan yang digunakan ialah dhab, monitor, dan skink (ketiga-tiga haiwan ini termasuk dalam kategori biawak dan mengkarung). Monitor hendaklah ditangkap ketika musim bunga. Setelah disembelih, usus dan abdomen haiwan-haiwan ini hendaklah dicuci, sebelum diisi dengan garam.


Kemudian, haiwan ini hendaklah digantung di bawah bayang (tempat teduh) sehingga kering. Setelah kering, garam dari tubuhnya tadi diambil, manakala tubuh haiwan tersebut dibuang. Hanya sedikit sahaja garam daripada tubuh monitor yang diperlukan berbanding garam daripada skink, ikan duri (sheatfish), belut, ikan yu, dan ikan yang bersifat panas.


(sedutan daripada buku Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum Lelaki – sedang dalam proses penerbitan)

Friday, July 2, 2010

Prinsip Asas Dalam Perawatan

  • Pesakit dilarang mengambil makanan jika kita mahu sifat semulajadi tubuh memberi perhatian terdahap proses pematangan humor (khususnya semasa merawat penyakit akut).
  • Pengurangan makanan dilakukan jika tindakan tersebut bertujuan untuk memelihara tenaga (khususnya semasa merawat penyakit kronik).
  • Sesuatu penyakit itu dirawat secara bertentangan, sedangkan kesihatan pula dijaga secara kaedah persamaan. Contohnya, penyakit yang sejuk seperti selesema, hendaklah dirawat dengan ubat yang panas.
  • Bahan yang dikenalpasti menyebabkan penyakit hendaklah ditarik keluar dari tubuh badan.
  • Melakukan tekanan ke atas organ yang bertentangan mampu menarik bahan yang menyebabkan penyakit.
  • Beringat-ingat agar tidak lari daripada kaedah rawatan yang betul, walaupun kesannya lambat, kepada kaedah rawatan yang salah.
  • Tidak boleh berterusan menggunakan ubat yang sama untuk merawat penyakit yang sama.
  • Melakukan sesuatu yang boleh menguatkan Tenaga Kejiwaan dan Tenaga Kehaiwanan seperti bergembira dan melihat pemandangan yang menyenangkan.

Wednesday, June 30, 2010

Ramuan dan Khasiat Pil Viagra Menurut Ibnu Sina

Ayarij Viagra ( أيارج بياغورا ) : Ubat ini baik untuk merawat melankolia, membersihkan tabir otak, dan menurunkan (ke usus) kimus-kimus yang bersifat tebal, lekit, dan berunsur Tanah (sejuk dan kering). Bahan-bahannya adalah seperti berikut :-

Ambil horehound, topped lavender, hellebore hitam, ground pine, common germander, pasli, germander bukit, birthwort bulat, safron, gentian kuning, tragacanth, sazaj (Malabar cinnamon), hamama (amomum), nard liar, kayu qust (pryone), Sarandib cinnamon, lada, cretan spickenard (Valeriana officinalis), dill liar, biji elder, kayu manis Cina, hypericum, bawang putih liar (mountain garlic), bunga serai, dan spickenard, setiap satu sebanyak 2 dirham ; epitheme, agaric, lemak colocynth, dan polypody, setiap satu 3 dirham ; dan lidah buaya Socotrine 6 auns.

Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk, dan diuli, sebelum disimpan selama 6 bulan (bagi tujuan pematangan). Satu dos bersamaan 1/3 auns yang diambil bersama air panas.

Tuesday, June 29, 2010

Kematian Semulajadi

  • Sifat panas semulajadi di dalam tubuh diumpamakan sebagai api bagi sebuah lampu minyak.
  • Sifat basah semulajadi diumpamakan sebagai minyak.
  • Sifat basah yang asing seumpama air yang terdapat di dalam lampu minyak yang akan merosakkan dan menggangu kelancaran penyalaan api.
  • Sifat basah yang asing terhasil di dalam tubuh akibat daripada sistem penghadaman yang lemah, dan akibat mizaj tubuh yang lebih sejuk daripada yang sepatutnya.
  • Sifat basah yang asing akan semakin bertambah setelah seseorang itu mencapai umur penurunan (60 tahun ke atas).
  • Seseorang itu akan meninggal dunia secara semulajadi setelah sifat basah semulajadi di dalam tubuhnya habis akibat pembakaran oleh sifat panas semulajadi.

Wednesday, June 23, 2010

Beberapa Persoalan Tentang Ibnu Sina dan Perubatan Ibnu Sina

1) Adakah Ibnu Sina minum arak ?

Jawapan : Isu ini timbul apabila Ibnu Sina – semasa menceritakan tentang sejarah hidup beliau – menyatakan bahawa beliau akan meminum segelas “syarab” apabila terasa mengantuk dan letih pada waktu malam. Hal ini menjadi kontro- versi apabila perkataan “syarab” tersebut diterjemahkan sebagai “wain” dalam bahasa Inggeris, sedangkan syarab yang dimaksudkan oleh Ibnu Sina di sini ialah jus minuman yang memberi tenaga.

2) Adakah Ibnu Sina murtad sebelum meninggal dunia ?

Jawapan : Isu ini timbul apabila Ibnu Sina – semasa hampir meninggal dunia – dikatakan menyebut “pentadbir yang sedang mentadbir tubuhku telah lemah dalam pentadbirannya”. “Pentadbir” yang dimaksudkan oleh Ibnu Sina di sini sebenarnya merujuk kepada sistem pertahanan tubuh badannya yang telah lemah dalam mengawal tubuhnya daripada serangan penyakit.

Bagaimanapun, oleh kerana perkataan “pentadbir” tersebut telah ditafsirkan oleh pihak-pihak tertentu sebagai Allah s.w.t., maka kata-kata Ibnu Sina itu dianggap boleh merosakkan akidah seseorang. Justeru itu, ada pihak yang mencadangkan agar Ibnu Sina diisytiharkan sebagai kafir. Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila ada ulama yang tidak bersetuju untuk mengkafirkan Ibnu Sina.

3) Adakah perubatan Ibnu Sina boleh dianggap sebagai perubatan Islam ?

Jawapan : Tujuan Ibnu Sina menulis kitab al-Qanun Fi al-Tibb adalah untuk digunapakai oleh semua golongan, sama ada orang-orang Islam, mahu pun bukan Islam. Oleh itu, dalam kitab tersebut terdapat juga kaedah rawatan dan ubat -ubatan yang bercanggah dengan Islam seperti penggunaan arak, najis haiwan, dan organ haiwan yang tidak halal.

Anggaplah perkara tersebut dinyatakan oleh Ibnu Sina untuk kegunaan orang- orang bukan Islam, dan sebagai orang Islam kita hendaklah memilih kaedah rawatan dan ubat-ubatan yang menepati kehendak syarak. Justeru itu, perubatan Ibnu Sina boleh dianggap sebagai perubatan Islam selagimana perubatan tersebut menepati kehendak syarak.

4) Adakah Perubatan Ibnu Sina masih relevan pada hari ini ?

Jawapan : Ya, perubatan Ibnu Sina masih relevan pada hari ini kerana perubatan ini masih dipraktikkan dengan jayanya, khususnya di India dan Pakistan. Di kedua-dua negara tersebut, perubatan Ibnu Sina diajar di beberapa buah universiti sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D), di samping mempunyai klinik, hospital, dan makmal farmasinya yang tersendiri.

Sunday, January 24, 2010

Thursday, July 2, 2009

Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum Lelaki

Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : (sedang dalam proses penerbitan. Insya Allah hujung tahun ini (2010) akan diterbitkan)

Tuesday, June 30, 2009

Teori & Kaedah Penterjemahan Arab - Melayu


Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 184 hlm.
Sinopsis : Ilmu terjemahan sering dipan-dang remeh oleh sesetengah pihak lanta-ran kurangnya kesedaran di kalangan ma-syarakat tentang kepentingan ilmu ter-sebut dalam pembinaan ketamadunan dan peradaban sesuatu bangsa. Sehubungan itu, kemunculan buku ini diharap mampu menangkis persepsi negatif tersebut, apatah lagi buku ini adalah satu-satunya buku yang ada di pasaran sehingga kini yang menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah yang betul dalam penterjemahan Arab – Melayu.

Penulis buku ini, Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah sememangnya memiliki pengalaman yang luas dalam bidang penterjemahan, termasuk pernah bekerja sebagai penterjemah sepenuh masa. Bermula pada Disember 1997, beliau telah mencabar diri sendiri dengan berusaha menterjemah buku al-Qanun Fi al-Tibb karangan Ibnu Sina, buku yang dianggap antara buku klasik bahasa Arab yang paling sukar untuk diterjemahkan. Namun, dengan berkat kesungguhan dan kemahiran terjemahan yang tinggi, beliau sehingga kini telah berjaya menghasilkan empat buah buku berkaitan Perubatan Ibnu Sina.

Justeru itu, buku ini adalah manifestasi daripada pengalaman beliau yang telah lebih sedekad menghambakan diri dalam dunia penterjemahan Arab – Melayu. Sesungguhnya buku hasil tulisan pensyarah bahasa Arab di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ini amat sesuai dijadikan sebagai buku teks bagi subjek penterjemahan Arab – Melayu, serta amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, sama ada para pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, mahu pun golongan profesional.
Kandungan :

BAB PERTAMA
TEORI DAN KONSEP PENTERJEMAHAN ARAB – MELAYU


BAB KEDUA
KAEDAH MENTERJEMAH JUMLAH ISMIYYAH
DAN JUMLAH FI‘LIYYAH


BAB KETIGA
KAEDAH MENTERJEMAH DHAMIR, NA‘AT,
DAN KATA TUGAS


BAB KEEMPAT
ANALISIS KESILAPAN


BAB KELIMA
TEKNIK PEMECAHAN AYAT

Wangian Syurga Dalam Menerangkan Usul Riwayat Qalun Al-Madani

Pengarang : Us. Muhammad Amiri b. Ab. Ghani
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 56 hlm.
ISBN : 978-983-42079-5-3
Sinopsis : Buku ini membincangkan Bab Usul Riwayat Qalun daripada Imam Nafi’ berdasarkan tariq al-Syatibiyy. Penerangan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami dapat membantu pembaca yang berminat dalam bidang ilmu Qiraat. Riwayat Qalun ini masyhur dan masih diamalkan pembacaannya di Timur Afrika, khususnya di sesetengah tempat di Tunisia dan Mesir dan juga masyhur di Libya. Riwayat ini adalah salah satu daripada 20 riwayat mutawatir yang tidak boleh dipertikaikan kesahihannya seperti riwayat Hafs, iaitu bacaan yang masyhur di negara kita.
Kandungan :
1. Pendahuluan
2. Biografi Imam Qalun
3. Bab Menyambung Di Antara Dua Surah
3.1 Menyambung di antara dua surah kecuali dengan surah al-Taubah
3.2 Menyambung mana-mana surah dengan al-Taubah.
3.3 Menyambung surah al-Nas dengan al-Fatihah.
3.4 Menyambung akhir surah dengan awal surah yang sama.
4. Bab Mad Dan Qasr
4.1 Mad Muttasil
4.2 Mad Munfasil
5. Bab Ha’ Al-Kinayah
5.1 Tujuh kalimah yang dibaca dengan qasr
6. Bab Mim Jama’
6.1 Mad Munfasil mendahului MimJama’
6.2 Mim Jama’ mendahului Mad Munfasil
6.3 Dua Mim Jama’ berhimpun dalam satu ayat
6.4 Mim Jama’ bertemu dengan hamzah qata’
7. Bab Dua Hamzah Dalam Satu Kalimah
7.1 Hukum bacaan
7.2 Kalimah yang dikecualikan daripada idkhal alif
7.3 Istifham berulang-ulang
8. Bab Dua Hamzah Pada Dua Kalimah
8.1 Persamaan pada baris
8.2 Berhimpun Mad Munfasil dengan dua hamzah pada dua kalimah
8.3 Berlainan baris
9. Bab Hamzah Mufrad
9.1 Hukum bacaan pada hamzah sakin
9.2 Hukum bacaan pada hamzah berbaris
10. Bab Naqal
11. Bab al-Izhar Dan al-Idgham
12. Bab al-Fath, Imalah Dan Di Antara Dua Lafaz
12.1 Lafaz yang dibaca dengan imalah
12.2 Lafaz yang harus dibaca dengan fatah dan taqlil
13. Bab Ya’ Idhafah
13.1 Ya’ Idhafah bertemu dengan hamzah qata’
13.2 Ya’ Idhafah bertemu dengan hamzah wasal
13.3 Ya’ Idhafah bertemu dengan salain hamzah qata’
14. Bab Ya’ al-Zawa’id
14.1 Perbezaan antara ‎Ya Idhafah dengan Ya al-Zaidah
14.2 Tempat-tempat yang diithbatkan Ya’ al-Zawaid

Petua-Petua Ibnu Sina Untuk Kaum Wanita

Pengarang : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Tahun Terbit : 2008
Halaman : 233 hlm.
Sinopsis : Isu-isu perubatan yang berkaitan dengan sakit puan, atau dalam istilah perubatan-nya, Obstetrik & Ginekologi (O&G) sen-tiasa mendapat tumpuan umum masyara-kat, khususnya kaum wanita. Namun, kita jarang sekali didedahkan dengan panda-ngan alternatif berkaitan perkara tersebut, apatah lagi pandangan Ibnu Sina walaupun beliau dianggap sebagai Bapa Perubatan Moden. Justeru itu, buku ini memaparkan secara eksklusif kepada anda pandangan-pandangan Ibnu Sina berkaitan rahim, janin, kehamilan, kemandulan, keguguran, kelahiran bayi, penjagaan wanita semasa hamil dan selepas bersalin, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rahim, termasuk kanser rahim.

Buku ini juga merupakan satu-satunya buku yang menje-laskan secara terperinci kaedah-kaedah rawatan yang dicadangkan oleh Ibnu Sina bagi merawat penyakit dan gejala yang berkaitan dengan perkara di atas. Antara kaedah rawatan tersebut ialah perdarahan, enema, supo-sitori, syiafah, penggunaan tab mandi, dan pembakaran kemenyan, di samping penggunaan ubat-ubatan herba. Kaedah-kaedah rawatan ini sudah terbukti berkesan, mujarab, dan masih lagi relevan untuk diamalkan di zaman moden ini, malah sedang diamalkan secara meluas di India dan Pakistan sekarang ini. Semoga penerbitan buku ini akan merancakkan lagi perkemba-ngan perubatan alternatif di negara ini.
Kandungan :
Kata-Kata Aluan
Kata Pengantar
BAB PERTAMA
RAHIM DAN JANIN

1.1 Anatomi Rahim
1.2 Pembentukan Janin
1.3 Penyakit Rahim
1.4 Tanda Mizaj Rahim
BAB KEDUA
KEMANDULAN DAN KEHAMILAN

2.1 Kemandulan dan Kesukaran Hamil
2.2 Tanda Organ Pembiakan
2.3 Merawat Kemandulan
2.4 Tanda Kehamilan
2.5 Sebab Lelaki dan Perempuan
2.6 Tanda Lelaki dan Perempuan
2.7 Kaedah Memperoleh Anak Lelaki
2.8 Tanda Kesuburan
2.9 Punca Kembar dan Hamil Berganda
2.10 Tanda Kelahiran
BAB KETIGA
PENGURUSAN WANITA HAMIL

3.1 Pengurusan Umum
3.2 Keguguran
3.3 Tanda Keguguran dan Kematian Janin
3.4 Penjagaan Janin
3.5 Pengguguran
3.6 Pengeluaran Janin
3.7 Pengeluaran Uri
3.8 Menghalang Kehamilan
BAB KEEMPAT
KELAHIRAN BAYI

4.1 Tempoh Kehamilan
4.2 Kehamilan Palsu
4.3 Bentuk Kelahiran Bayi
4.4 Kesukaran Melahirkan Anak
4.5 Sakit Bersalin
4.6 Rawatan Kesukaran Bersalin
4.7 Kelahiran Yang Tidak Normal
4.8 Ubat-Ubatan Pemudah Bersalin
4.9 Rawatan Selepas Bersalin
BAB KELIMA
PENDARAHAN RAHIM

5.1 Perbincangan Tentang Haid
5.2 Pendarahan Rahim
5.3 Tanda-Tanda Pendarahan Rahim
5.4 Rawatan Pendarahan Rahim
5.5 Ulser Rahim
5.6 Kanker Rahim
5.7 Rawatan Ulser dan Kanker Rahim
5.8 Pemecahan Dara
5.9 Pemecahan Rahim
5.10 Kegatalan Rahim dan Frisimus
5.11 Buasir Rahim
BAB KEENAM
BENGKAK DAN PENCEKIKAN RAHIM

6.1 Bengkak Panas
6.2 Merawat Bengkak Panas
6.3 Bengkak Berhumor Kahak
6.4 Bengkak Keras
6.5 Merawat Bengkak Keras
6.6 Pencekikan Rahim
6.7 Merawat Pencekikan Rahim
6.8 Buasir dan Bisul Pada Rahim
6.9 Lebihan Daging Pada Rahim dan Kelentit
BAB KETUJUH
PENYAKIT-PENYAKIT RAHIM YANG LAIN
7.1 Kelemahan dan Kesakitan Rahim
7.2 Cecair Rahim
7.3 Pengurungan Darah Haid
7.4 Rawatan Pengurungan Darah Haid
7.5 Perbincangan Tentang Kolpatresia
7.5.1 Tatacara Pengoyakan dan Pemotongan
7.6 Penyumbatan Rahim
7.7 Penonjolan dan Pembalikan Rahim
7.8 Rahim Condong dan Bengkok
7.9 Air Di Dalam Rahim
7.10 Pengembungan Rahim
7.11 Angin Rahim